Monday, 20 May 2013

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KELADI


Sekolah  Kebangsaan  Paya  Keladi  mula  dibina  oleh  penduduk  setempat  pada  tahun  1885,  bertempat  di  Permatang  Tinggi  B.  Sekolah  ini  dinamakan  Sekolah  Tok  Man  Chaimengambil  sempena  nama  Guru  Besar  yang  pertamaPada  tahun  1885  sekolah  kedua  dibinabertempat  di  Paya  Keladi  Hujungdikenal  dengan  nama  Sekolah  Tok  Edam,  mengambil  sempena  nama  Guru  Besar  pada  masa  itu.
   Pada  tahun  1908,  Kerajaan  British  telah  membina  sekolah  baru  (JKR  A20)  di  tapak  yang  sedia  ada  sekarangSekolah  ini  telah  diserahkan  kepada  TBK,  KEMAS  pada  tahun  1977,  seterusnya  berpindah  ke  Permatang  LangsatPinang  Tunggal.
   Pada  tahun  1928  sebuah  sekolah  dibinabangunan  dua  tingkat  (JKR  A21)  dua  bilik  darjahBagi  menampung  pertambahan  murid  sebuah  bangunan  tambahan  dibina  secara  bergotong-royong  pada  tahun  1950.
   Pada  tahun  1969,  sebuah  lagi  bangunan  dibina  (JKR  900)  mengandungi  9  bilik  darjahpejabat  dan  storBangunan  ini  telah  dirasmikan  oeh  YB  Datuk  Mohamad  b  Rahmat,  S/U  Perlimen  Kem.  Pel.  Pada  tahun  1972.
   Pada  tahun  1976  sebuah  lagi  bangunan  dibina  2  tingkat  (JKR  1313),  4  bilik  darjahBangunan  ini  dirasmikan  oleh  Y.BhgDatuk  Murad  b  Hj  Mohd  Noor,  KPPM  pada  tahun  1976.
   Pada  tahun  2000  sebuah  lagi  bangunan  tambahan  4  tingkat  dibina  (JKR  2412)  mengandungi  6  bilik  darjahpejabatbilik  guru,  makmal  sains  dan  PSS,  untuk  menampung  bilangan  murid  yang  bertambah  dari  masa  kesemasa.

No comments:

Post a Comment